Lawan Jenayah: YB Wong Hon Wai
merasmikan bilik operasi Pasukan Peronda Sukarela Desa Mawar di Air
Itam
Pada 15 September 2013, ADUN Air Itam YB Wong
Hon Wai turun padang dan merasmikan bilik operasi Pasukan Peronda Sukarela (PPS)
Desa Mawar di KADUN Air Itam. YB Wong Hon Wai
dalam ucapannya berkata bahawa
ahli-ahli pasukan PPS adalah sukarelawan yang melakukan kerja rondaan untuk
memastikan kedamaian penduduk sekitar Air Itam.
Beliau berkata bahawa tujuan
utama PPS ditubuhkan adalah untuk membantu polis dalam
mengekalkan keamanan kawasan sekitar. Misi mereka
adalah untuk melindungi keselamatan dan harta rakyat, bekerjasama dengan pihak
polis untuk mengekalkan keamanan sosial. Sejak penubuhan pasukan peronda
sukarela, PPS Desa Mawar telah membantu pihak polis untuk menahan beberapa
suspek seperti pencuri motosikal dan perompak.
Ketua PPS Desa Mawar, Encik Kung Kia Hor
mendedahkan bahawa walaupun pasukan rondaan sukarelawan ditubuhkan oleh kerajaan
negeri Pulau Pinang. Namun, mereka perlu membuat laporan kepada kepada pihak
polis sebelum kerja rondaan dimulakan. Pasukan rondaan melakukan
rondaan dengan motosikal dari semasa ke semasa pada waktu malam untuk
membanteras jenayah. Beliau juga berharap lebih ramai penduduk
berhampiran untuk menyertai bersama-sama untuk membantu membanteras jenayah.
Ahli pasukan menggunakan walkie talkie kerajaan tajaan Kerajaan Negeri Pulau
Pinang untuk berkomunikasi. Jikalau berlaku apa-apa hal, ahli pasukan dapat
menyalurkan maklumat tepat dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment